Honda baik pulih pikap Chevy 'old school' untuk kenang jasa

oleh Muhammad Md Tajudin|
Jika anda berada di kawasan kilang atau pejabat sesebuah pengeluar biasanya akan berasa aneh apabila terdapat jenama kenderaan pesaing diletakkan di lot parkir pihak pengurusan atau eksekutif.

Semestinya kereta yang perlu digunakan ialah sama jenama atau paling tidak, sekutu di dalam satu kumpulan besar.

Contohnya untuk Proton mestilah Perdana atau Geely manakala Perodua pula menggunakan Toyota dan Lexus. Syarikat mesti menunjukkan keyakinan terhadap jenama sendiri atau sekutu perniagaan.

Walau bagaimanapun ketetapan tersebut bukanlah suatu yang mutlak dan perlu mengambil kira faktor lain. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda baik pulih pikap Chevy 'old school' untuk kenang jasa

 

Semasa American Honda Motor Co., Inc. (AHM) baru saja memulakan perniagaan pada tahun 1959, syarikat membuat keputusan untuk membeli beberapa pikap bagi kegunaan kerja.

Barisan model yang dipilih ialah pikap keluaran Chevrolet dan ia digunakan untuk menghantar motosikal Honda kepada pengedar di serata California Selatan. 

Menjadikannya sebagai kisah nostalgik ialah satu gambar pikap Chevy di hadapan pejabat AHM yang pertama di 4077 Pico Blvd, California.

 

Honda baik pulih pikap Chevy 'old school' untuk kenang jasa

 

Mengenangkan pentingnya momen itu, Honda Amerika mengambil keputusan untuk membaik pulih dan menyamai pikap seperti di dalam gambar tersebut. Kerja baik pulih ini juga sempena ulang tahun ke-60 syarikat.

Kerja membaik pulih sesuatu yang berusia hampir enam dekad bukan mudah, Honda membuat rujukan di dalam arkib sejarah dan pekerja yang telah bersara.

Di dalam proses tersebut Honda menemui sebuah pikap Chevy setengah tan tahun 1961 dan memulakan kerja-kerja membaik pulih dan menggunakan skema warna asal.

 

Honda baik pulih pikap Chevy 'old school' untuk kenang jasa

 

Barisan pikap Chevy yang asal digunakan oleh jurujual Honda untuk menghantar motosikal kepada pengedar melalui kaedah konsainan (dah laku baru bayar).

Pikap tersebut benar-benar berjasa dalam membina tapak perniagaan di pasaran Amerika Syarikat. Bermula di Selatan California, Honda berjaya menakluki pasaran Amerika Syarikat dan menjadi jenama terlaris pada tahun 1965 dengan pegangan pasaran hampir 72 peratus.

Sempena sambutan ulang tahun ke-60 AHM pada 11 Jun 2019, pikap Chevy tersebut dibaik pulih pada bahagian mekanikal dan warna dengan grafik luaran dicat menggunakan tangan sama seperti asal.

 

Honda baik pulih pikap Chevy 'old school' untuk kenang jasa

 

Dua motosikal vintaj sama seperti gambar asal iaitu Honda 50 dan CB160 turut diletakkan sekali di bahagian kargo belakang.

Ketiga-tiga kenderaan tersebut kini dipamerkan di ruang lobi ibu pejabat Honda Amerika di Torrance, California.

AHM juga merancang untuk mempamerkannya pada SEMA 2019 dan ke serata tempat di Amerika Syarikat.

Spesifikasi asas pikap penghantaran Chevrolet:

  • Casis setengah tan
  • Kargo berukuran lapan kaki
  • Enjin 4.6 liter V8
  • 160 HP
  • Tiga kelajuan manual

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…