Qianjiang juga mempunyai jenama Benelli yang popular di kebanyakan negara-negara membangun dan di Eropah.
Menurut Harley-Davidson, China ialah sebuah pasaran yang sangat besar dan semakin meningkat.
Jualan motosikal di China meningkat sebanyak 27 peratus dalam tahun 2018 berbanding dengan tahun sebelumnya.
Syarikat US itu mensasarkan menjelang 2027, separuh dari jualan produk mereka mesti dari pasaran antarabangsa.
Ini ialah kerana prestasi jualan domestik mereka semakin menurun kerana umur pelanggan-pelanggan setia yang semakin meningkat.
Selain dari itu, isu tarif perdagangan yang memuncak di negara Uncle Sam itu juga menyebabkan ramai syarikat mahu memindahkan operasi ke Asia.
Kesatuan Eropah contohnya meningkatkan cukai untuk produk dari US sebanyak 31 peratus bermula bulan lalu. Ia adalah tindakbalas Eropah terhadap import keluli dan aluminium yang meningkat di bawah pimpinan Presiden Donald Trump.
Sekarang ini, Harley-Davidson sendiri sudah mula meningkatkan pembuatan motosikal di kilang mereka di Thailand.
Malah kilang Harley-Davidson di Thailand itu juga akan mula mengeksport motosikal ke China bermula pada hujung tahun ini.
Ini juga membuktikan kedudukan Thailand sudah semakin kukuh sebagai hab automotif di rantau Asia Pasifik dan juga secara global.