Menurut CEO Tesla, Elon Musk, syarikat gergasi kereta elektrik tersebut merancang untuk memproduksikan kereta tanpa roda stereng fizikal sebagai salah satu perubahan dalam strategi kereta swapandu Tesla.
Malah, dalam satu pertunjukan konsep yang dinamakan sebagai Autonomy Day, Tesla memperlihatkan sebuah kenderaan tanpa sebarang roda stereng.
Ini merupakan persediaan Tesla bagi membawakan kepada pasaran sebuah produk yang benar-benar menawarkan ciri swapandu secara total dalam masa dua tahun akan datang.
Tidak seperti Waymo atau Uber yang memfokuskan kepada perkhidmatan perkongsian kenderaan swapandu, Tesla mensasarkan produk mereka supaya ia lebih sesuai untuk kegunaan keluarga seharian.
Elon Musk nampaknya yakin dengan permintaan pelanggan yang mahukan sebuah kereta tanpa roda stereng, namun bagaimana jika pemandu yang inginkan kembali kawalan kepada kenderaan tanpa roda stereng tersebut?
Adakah mereka akan bergantung kepada kayu ria (joy stick) seperti permainan video game Need For Speed?
Sumber: Electrec