Menurut laman web Car and Driver, sumber-sumber dalaman mereka memberitahu Ford sudah bercadang untuk menyumbat masuk enjin dari Mustang GT500 ke dalam trak pikap lagenda mereka, F150 Raptor.
Enjin 5.2-liter V8 supercharged itu mampu memuntahkan 700 hp dikatakan akan menjadi "upgrade" terakhir untuk model F150 generasi sekarang yang bakal digantikan dalam masa lagi dua tahun.
Transmisi 10-kelajuan automatik yang diguna-pakai sekarang (ia juga digunakan oleh Ford Ranger XLT Plus, Ranger Wildtrak dan Ranger Raptor yang dijual di Malaysia) masih mampu untuk mengawal tenaga dari enjin itu kerana ia juga dibina bersama GM/Chevrolet untuk Camaro ZL1.
Tradisi trak pikap sporti nampaknya akan diteruskan lagi.