Menurut UMW Toyota, litar Toyota Gazoo di persekitaran stadium Batu Kawan itu bukan mudah untuk dibina.
Di bawah ialah info menarik yang Careta pasti ramai tidak tahu mengenai litar tersebut.
- 1.56 km - Panjang litar Toyota Gazoo Batu Kawan
- 3 forklift 8-tan digunakan
- 4 tan - berat setiap satu blok konkrit penghadang
- 6 laluan "straight" (lurus panjang) - untuk aksi pelumba memotong
- 7 meter - lebar minima litar itu mengikut piawaian FIA
- 8 kaki tinggi; 3 kaki lebar - saiz blok konkrit penghadang
- 11 selekoh di dalam litar tersebut
- 16 - jumlah tenaga pekerja yang bekerja 16 jam sehari selama sebulan untuk menyiapkan litar Batu Kawan
- 70 treler 4-gandar digunakan untuk mengangkut blok-blok penghadang ke Batu Kawan
- 200 kmsj - kelajuan kenderaan yang mampu ditahan oleh blok konkrit penghadang
- 864 unit - jumlah blok penghadang konkrit digunakan di Batu Kawan
Jangan lupa untuk ke Stadium Batu Kawan hari ini. Acara bermula seawal jam 10.00 am dan ada pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga!