Kedua-dua output itu lebih tinggi berbanding CBR650F iaitu 85.4 hp pada 11,000 rpm dan tork 64 Nm pada 8,500 rpm. Sesaran enjin CBR650F juga sedikit kecil iaitu 648.72 cc.
CBR650R juga dilengkapi teknologi terkini seperti Assist/Slipper Clutch bagi menukar gear dengan lebih lancar manakala Honda Selectable Torque Control (HSTC) berfungsi mengawal cengkaman tayar belakang dan ia boleh dipadam mengikut pilihan penunggang.
Satu lagi keistimewaan pada CBR650R ialah berat yang lebih ringan berbanding model terdahulu. Di antara faktor penyumbang ialah chasis yang 6kg lebih ringan seterusnya lebih lincah untuk dipandu.
Suspensi depan pula menggunakan USD Showa 41 mm dengan Separate Fork Function (SFF) menggantikan suspensi teleskopik pada model terdahulu.
Dari segi brek, model baharu ini menggunakan dual channel ABS dengan cakera berkembar depan berukuran 310 mm dan cakera 240 mm tunggal di belakang.
Honda Motorcycle & Scooter India Pvt. Ltd. menawarkan CBR650R dalam dua warna iaitu Grand Prix Red dan Gunpowder Black Metallic.
Harga? Masih belum didedahkan secara rasmi dan diangarkan di bawah IDR 8 lakhs (RM 45,775).
Untuk perbandingan, Honda CBR650F dijual pada harga RM 44,449.
*IDR 100,000 = RM 5721.87
Penulis: Muhammad Md Tajudin