Namun, bagi jauhari yang mengenal manikam, pengeluar jam tangan Swiss ini amat sinonim dengan rekaan muka jam yang lari daripada rekaan konvensional sedia ada.
Di bawah siri Horological Machine No. 6 (HM6), MB&F hadir dengan model Final Edition yang diperbuat daripada keluli tahan karat yang masih mengekalkan reka bentuk futuristik dan tidak konvensional itu.
Casis 52 mm kalis karat itu lebih menyerupai bentuk sebuah kapal angkasa lepas yang dihiasi dengan motif berwarna biru pada dial nombor yang terdapat di setiap penjuru jam.
Bagi melindungi mekanisme jam daripada sebarang masalah dan ketidaktepatan masa akibat sinaran ultraviolet, MB&F telah mencipta flying tourbillon dengan pelindung yang boleh lipat yang terkandung di bahagian sfera tengah muka jam.
Casis jam tangan HM6 Final Edition ini didatangkan dengan 85 komponen berasingan, sembilan buah kubah sapphire dan tahan kepada kedalaman air sedalam 30 meter.