Jualan kenderaan di China menurun

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jualan kenderaan di negara China untuk bulan November 2018 jatuh sebanyak 14 peratus berbanding dengan bulan yang sama tahun lalu.

Ia adalah kesinambungan penurunan jualan automotif China sejak Julai lalu dan menurut Persatuan Pengilang Automotif China, ia merupakan penurunan paling besar setakat ini.

"Penurunan empat bulan berturut-turut itu mungkin disebabkan oleh kelembapan ekonomi, pengharaman cara-cara pinjaman automotif yang tidak dibenarkan dan juga perang dagangan dengan US," menurut sumber dari China yang arif akan pasaran automotif di negara besar itu.

Namun begitu kerajaan China baru-baru ini akhirnya menurut permintaan Presiden US untuk menurunkan tarif kenderaan mereka dan mungkin ia akan membantu jualan kenderaan mereka.

Jualan trak walaubagaimanapun meningkat bulan lalu. Penjualan trak treler meningkat dan mengatasi trak pembinaan untuk pertama kalinya dalam sejarah automotif China.

* Sumber dari CNBC

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kumpulan perdagangan terkemuka berkata ini benar terutamanya di tengah-tengah ketegangan…
Berita Global
Kejadian berlaku kira-kira 2.10 pagi di sebahagian Lebuhraya Meizhou-Dabu di Meizhou. Kawasan…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…