Oleh itu, Suzuki telah menghentikan produksi Suzuki Hayabusa dan saki baki model yang masih ada akan dijual pada tahun hadapan.
Bagi peminat Hayabusa, usah risau kerana Hayabusa tidaklah terhenti setakat generasi yang ada.
Dikhabarkan Suzuki telah memperbaharui tanda dagangan untuk nama "Hayabusa" yang menunjukkan kemungkinan Hayabusa bakal menerima penggantinya yang lebih canggih, lebih pantas dan lebih kuat.
Apa yang pasti, Suzuki pasti mahukan pengganti Hayabusa ini lebih pantas daripada motosikal pantas sedia ada seperti Kawasaki ZX-14 ataupun H2 yang lebih perkasa.
Seperti biasa, oleh kerana masih terlalu awal, tiada sebarang maklumat lanjut berkenaan bila model pengganti ini bakal menjengah pasaran.