Selain daripada itu, pelanggan juga berpeluang menerima hadiah eksklusif apabila mereka memandu pulang sebuah model Honda baharu sempena tahun baharu yang bakal menjelang.
Untuk menikmati rebat bermula dari RM2,500 sehingga RM50,000 bagi model yang terpilih, pelanggan perlu mendaftarkan kenderaan baharu mereka di dalam tempoh kempen daripada mana-mana 97 cawangan pengedar Honda di seluruh negara.
Manakala bagi pelanggan Honda Insurance Plus (HIP) sedia ada pula bakal menerima hadiah misteri apabila mereka memperbaharui insurans HIP ketika kempen sedang berlangsung.
Kempen penjimatan 3XTRAORDINARY bertujuan untuk meraikan kesetiaan dan sokongan rakyat Malaysia terhadap jenama Honda, sehingga mampu mengekalkan kedudukan sebagai jenama bukan nasional nombor satu dan jumlah keseluruhan industri (TIV) di tempat kedua di Malaysia.
Honda City masih lagi kekal sebagai model terlaris, menyumbang kepada peratusan sebanyak 32% diikuti oleh Civic (16%) dan CR-V (13%) dalam tempoh Januari- November 2018.
Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan kempen 3XTRAORDINARY Savings, sila layari www.honda.com.my atau berkunjung ke mana-mana pusat pengedar sah Honda atau hubungi 1-800-88-2020.