Selamat tinggal Stelvio: Merc-AMG GLC 63 S kini SUV terpantas di Litar Nurburgring!

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz nampaknya masih 'menyibukkan' diri di Litar Nurburgring dengan menguji beberapa buah kenderaan berprestasi tinggi seperti AMG A45, dan juga AMG GT Empat Pintu.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Tidak pernah melupakan segmen SUV prestasi, Mercedes-Benz juga dilaporkan berjaya membuktikan SUV GLC 63 S mampu menewaskan rekod yang dicatatkan oleh Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio sebelum ini.

Dari segi prestasi atas kertas, kedua-dua SUV tersebut mampu menjana 503 bhp, namun kelebihan dua silinder yang dimiliki oleh enjin V8 4.0 liter oleh GLC membolehkan ia menewaskan rekod Alfa Romeo yang hanya menggunakan enjin V6 2.9 liter. 
 


Dengan catatan masa 7 minit 49.369 saat, Mercedes-AMG GLC 63 S kini dinobatkan sebagai SUV produksi terpantas di Litar Neraka Hijau!

Luangkan masa anda untuk menikmati pusingan penuh GLC 63 S membelah litar Nurburgring. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Model konsep Mercedes‑AMG PureSpeed yang baru sahaja diperkenalkan. Tiada bumbung, tiada cermin…
Model Terbaharu
Dari segi kuasa, AMG CLE53 Cabriolet turut menggunakan nadi M256M 3.0 liter 6 silinder sebaris…
Sukan Bermotor
Kemenangan itu juga memberikan pasukan baharu dari Malaysia, Racing Aurora kemenangan pertama Kelas…