Mercedes-AMG PureSpeed Concept, guna HALO tanpa bumbung, 250 buah sahaja!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mercedes-AMG PureSpeed Concept
Mercedes-AMG PureSpeed Concept
Mercedes-AMG One sememangnya sebuah kereta hebat, masakan tidak teknologinya disesuaikan dari Formula 1 (F1).

Satu lagi bukti ialah rekod terpantas di Nürburgring pada 2022 untuk sebuah kereta produksi yang sah di jalanan dengan masa 1:56.096 minit.

Mercedes-AMG One begitu hebat sehingga meninggalkan jurang besar di antara model lain. 

Bagaimana jika pelanggan mahukan sebuah kereta lebih sederhana dan mempunyai gaya kereta lumba?
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024
Mercedes-AMG PureSpeed Concept 2024

 

Model konsep Mercedes‑AMG PureSpeed yang baru sahaja diperkenalkan. Tiada bumbung, tiada cermin besar dan menggunakan HALO ala kereta F1.

Mercedes‑AMG PureSpeed merupakan pratonton kepada model pertama dalam siri Mercedes-Benz Mythos.

HALO menggantikan tiang A dan melindungi kepala pemandu sekiranya berlaku kemalangan. 

Seperti kereta F1, terdapat pendakap yang menyambungkannya kepada badan kereta.

 

Mercedes-AMG PureSpeed Concept 2024

 

Mungkin ada yang bertanya, kalau hujan bagaimana? Kereta F1 pun tidak mempunyai bumbung dan perlumbaan diteruskan selagi tidak dihentikan Pegawai Perlumbaan.

Kereta barchetta sudah lama wujud untuk menikmati musim panas dan cari tempat berteduh apabila hujan turun. 

Tambahan pula kereta sebegini bukan dipandu hari-hari atau ke tempat kerja.

Kereta produksi nanti hanya dikeluarkan 250 buah sahaja dan untuk peminat sejati dan pengumpul Mercedes-Benz.

 

Mercedes-AMG PureSpeed Concept 2024

 

Turut dibekalkan dua topi keledar yang dioptimum untuk aerodinamik yang direka dan dikeluarkan khusus buat model konsep Mercedes‑AMG PureSpeed. 

Pada bahagian dalam selain perkakasan dan riasan khusus, kereta ini dilengkapi jap buatan khas yang direka  IWC Schaffhausen.

Model konsep ini nampak seperti sebuah SL yang diubahsuai. Rekaan perkakasan dipengaruhi AMG ONE sebagai contoh bampar dan sirip sisi.

Tukup mempunyai lubang udara tambahan dan pemesong kecil warna lutsinar pada depan dan sisi untuk mengalirkan udara melepasi kokpit.

 

Mercedes-AMG PureSpeed Concept 2024

 

Rekaan roda selain jejari yang cantik turut dilengkapi penutup gentian karbon. Roda belakang tertutup sepenuhnya untuk aerodimanik.

Roda depan jenis terbuka bagi mengoptimumkan aliran udara pada bahagian depan untuk penyejukan brek dan daya mendap.

Selain AMG ONE, kereta ini juga membawa perincian sebagai penghormatan kepada sukan permotoran. 

Sebagai contoh, dua gerbang di belakang kerusi ala 300 SLR dan kereta yang dipandu Stirling Moss dan Denis Jenkinson dan memenangi Mille Miglia 1955.

 

Mercedes-AMG PureSpeed Concept 2024

 

Warna merah Le Mans kepada kepada grafit kelabu ala skema warna kereta Mercedes pada perlumbaan Targa Florio 1924.

Merah adalah warna kebiasaan untuk kenderaan Itali dan kereta lumba Jerman biasanya menggunakan warna putih.

Merah dipilih Mercedes bagi mengaburi penonton tempatan pada waktu itu dan mengelakkan gangguan.

Kereta lumba Mercedes yang dipandu Christian Werner dengan nombor 10 berjaya melintasi tempat pertama.

 

Mercedes-AMG PureSpeed Concept 2024

 

Nombor 10 dibawa ke masa sekarang dan terpampang pada sisi model konsep Mercedes‑AMG PureSpeed.

Berkenaan rangkaian kuasa, Mercedes-AMG tidak memaklumkannya dan berkemungkinan menggunakan 4.0 liter V8 turbo berkembar hibrid dari AMG SL 63 S E Performance?

AMG ONE kan hibrid!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mercedes-AMG PureSpeed Concept 2024