Konsep I-Series
Merupakan manifestasi terhadap masa hadapan yang terhubung antara manusia, masyarakat dan kenderaan, I-Series merupakan konsep pengangkutan yang mampu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.
Ia diperlihatkan menerusi Toyota I-Road, gabungan antara kereta dan moosikal untuk pengangkutan di tengah kota raya.
Menurut Presiden UMWT, Ravindran K berkata, "daripada sebuah syarikat kenderaan, Toyota komited untuk beralih menjadi sebuah syarikat mobiliti untuk semua, bermula daripada usaha korporat global "Start Your Impossible" yang diilhamkan daripada Komiti Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Komiti Paralimpik Antarabangsa (IPC)."
Toyota percaya mobiliti masa hadapan bukan sekadar sebuah kereta, ia adalah bagaimana untuk mengatasi masalah dan menjadikan impian itu menjadi kenyataan.
Future Toyota