Musim MotoGP tahun hadapan akan melihat standard keselamatan helmet terbaharu yang diwajibkan untuk kegunaan ketika perlumbaan berprestij tersebut.
Menurut Fédération Internationale de Motocyclisme atau FIM, Standard FIM itu akan diwajibkan untuk helmet-helmet bagi kegunaan berlumba siri MotoGP, Moto2 dan Moto3.
Piawaian terbaharu itu adalah lebih ketat dari Standard terkini oleh ECE, JIS dan Snell yang digunakan oleh pembuat-pembuat helmet sekarang.
Untuk mendapat kelulusan FIM, helmet-helmet itu akan melalui ujian-ujian yang lebih lengkap dan terkini, termasuk ujian keselamatan untuk pelbagai jenis impak dari kelajuan rendah, pertengahan dan tinggi dan juga ujian penembusan.
Label homologasi FIM akan memaparkan satu QR Code untuk membantu penganjur perlumbaan mengenal-pasti helmet-helmet yang ditelah digunakan.