Dengan penganjuran dan crew-crew profesional, pastinya pelumba-pelumba dapat menimba ilmu untuk memantapkan serta mengambil pengalaman yang lebih didalam kejuaraaan ini untuk memulakan karrier didalam sukan bermotor.
Pemilihan akan dijalankan didalam masa terdekat pada pertengahan Januari 2024 bertempat di Litar Kart Sepang International Circuit.
Had umur bagi kejuaraan ini adalah 8 tahun sehingga 14 tahun dan tiada yuran dikenakan untuk Pendaftaran Pemilihan.
Had umur bagi kategori adalah seperti berikut:
-SIC Ohvale Junior Championship : 8-10 tahun
-FIM MiniGP Malaysia 160cc : 10-14 tahun
Penganjuran perlumbaan FIM MiniGP dan SIC Ohvale bagi musim 2024 dijangka akan dijalankan selepas Raya Puasa 2024.
Pendaftaran secara Online kini dibuka untuk FIM MiniGP Malaysia (160cc) dan SIC Ohvale Junior Championship (110cc).
Link pendaftaran : PENDAFTARAN PEMILIHAN FIM MINIGP MALAYSIA 2024