Dengan jumlah carian sebanyak 7.8 juta sebulan, Toyota kini menjadi jenama automotif paling popular mengalahkan Honda (7 juta carian) dan Ford (6.4 juta) di 57 buah negara.
Mengikuti jejak langkah Toyota ialah BMW di tempat kedua yang menjadi jenama popular di 25 buah negara, diikuti oleh Mercedes-Benz (23 negara).
Jenama kenderaan elektrik Tesla pula menjadi bahan carian utama di tujuh buah negara yang masing-masing merupakan negara mesra EV seperti di Norway, Netherland dan juga Hong Kong.
Manakala terdapat lima buah negara lain masing-masing membuat carian berdasarkan jenama tempatan popular seperti:
- Perancis - Renault
- Jerman - Mercedes-Benz
- India - Maruti Suzuki
- Malaysia - Perodua
- Sweeden - Volvo
Jenama Perodua nampaknya masih kekal sebagai jenama nombor satu paling dicari di kalangan rakyat Malaysia mengalahkan jenama-jenama yang lebih besar dan gah, membuktikan popularitinya yang tersendiri sebagai nadi penggerak rakyat.
Sumber: Veygo