Cederakan atendan stesen minyak - peniaga didenda RM2,000

oleh Mohamad Hanif|
Seorang peniaga lelaki didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah atas pertuduhan mencederakan seorang pekerja stesen minyak di Sungkai dekat sini, awal bulan ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tertuduh, Muhammad Nuralif Shaufiq Ahmad Fauzi, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Mohd Harith Mohd Mazlan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Nuralif didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Mohd Ridwan Abdullah, 24, di stesen pam minyak Petronas, Sungkai, kira-kira jam 12.45 tengah hari, 6 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
 


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Farahiyah Nadzri manakala tertuduh diwakili peguam S Kavitha.

Kavitha merayu hukuman denda paling minimum dikenakan ke atas anak guamnya atas alasan sudah insaf dengan perbuatan dilakukannya.

Bagaimanapun, Fatin Farahiyah memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dijatuhkan terhadap tertuduh supaya kesalahan sama tidak berulang.

Mohd Harith kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 dan tertuduh bakal berhadapan penjara selama lima bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

NSTP sebelum ini melaporkan tertuduh ditahan Khamis lalu sebelum direman selama tiga hari keesokannya bagi membantu siasatan berhubung satu klip video yang viral menunjukkan aksi seorang lelaki memukul seorang pekerja stesen minyak.

Difahamkan, seorang lagi rakannya berusia 40 tahun yang turut ditahan bagi membantu siasatan kes itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis.
 

Sumber: Berita Harian

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, operasi dijalankan sekitar Jalan Tun Sambathan, Jalan Sri Hartamas, Jalan Beremi, Jalan…
Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama telah menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Faizul…
Berita Domestik
"Dalam tempoh sebulan diadakan operasi, sebanyak 23 kambing biri-biri, 10 lembu dan seekor kuda…