Panggil semula yang diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan Jepun itu mengatakan sistem pendawaian yang disambung kepada unit tenaga hybrid boleh menyentuh penutup sambungan pendawaian.
Menurut Toyota, jika debu terkumpul di atas pendawaian atau penutup sambungan itu, penebat wayar mungkin akan terhakis akibat gegeran dari kenderaan dan menyebabkan litar pintas dan akhirnya, kebakaran.
Isu ini melibatkan kenderaan yang dihasilkan di Jepun dari Jun 2015 sehingga Mei 2018, termasuk Prius dan C-HR yang dijual di Jepun, Australia, Eropah dan negara-negara lain.
Namun begitu, separuh dari panggil semula itu melibatkan kenderaan yang dijual di Jepun.
Menurut Bloomberg, panggil semula ini dikatakan antara yang terbesar oleh Toyota, tidak termasuk panggil semula Takata atau kes pecutan tidak sengaja tahun 2009.
Pastinya jika ia melibatkan unit-unit di Malaysia, UMW Toyota akan melakukan panggil semula dengan kadar segera.