Menurut maklumat yang diterima Careta, sistem pengiraan harga terbaharu akan mengambil kira nilai Industrial Linkage Programme atau ILP.
ILP ialah insentif cukai yang diberikan kepada kenderaan yang dipasang di dalam negara dengan kandungan komponen tempatan melebihi 30 peratus.
Apa yang berlaku ialah sistem pencukaian baharu akan menolak jumlah nilai ILP dari gabungan harga kenderaan sebelum dikenakan cukai SST sebanyak 10 peratus.
Menurut beberapa sumber yang dihubungi oleh Careta, cara pengiraaan begini akan memberi manfaat kepada syarikat-syarikat yang menggunakan komponen tempatan dengan kadar tinggi.
Perodua, Honda, Proton dan Toyota adalah antara syarikat yang mempunyai kandungan komponen tempatan yang tertinggi. Perodua Axia dan Bezza contohnya mempunyai lebih dari 90 peratus komponen tempatan.
Honda juga adalah antara jenama asing menggunakan banyak komponen tempatan.
Namun begitu, tidak dapat dipastikan samada Proton akan meminta pelepasan untuk fasa pertama Boyue kerana SUV pertama jenama itu akan diimport sepenuhnya dari China sementara menunggu pelantikan vendor-vendor tempatan.