SST: Nissan umum turun harga, jimat sehingga RM5,400

oleh Mohamad Hanif|
Selari dengan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) oleh kerajaan berkuat kuasa pada 1 September 2018, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), pengedar tunggal kenderaan Nissan di Malaysia hari ini mengumumkan harga baharu untuk model-model Nissan termasuk 10% Cukai Jualan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nissan Almera, Grand Livina, Serena S-Hybrid dan X-Trail akan ditawarkan pada harga bermula dari RM69,800 sehingga RM153,800*, ia lebih rendah berbanding struktur harga Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Manakala untuk Nissan Navara, harga pikap kekal pada harga 0% GST sementara stok masih ada.

Harga bermula dari RM77,330.97 untuk 2.5L Kabin Tunggal hingga RM119,869.08 untuk  VL Plus (Dwi Kabin) yang dimuatkan dengan Intelligent Around View Monitor (I-AVM).

Harga baharu kenderaan Nissan

 

Model Varian Harga OTR dengan
6% GST (RM)
Harga OTR baharu SST (RM) Perbezaan Harga
(RM)
Perbezaan Harga
(%)
Almera 1.5L E AT

72,200

69,800 (2,400)

– 3.3%

1.5L VL AT

82,000

79,800 (2,200)

– 2.7%

Grand Livina 1.6L AT

91,100

89,800 (1,300)

– 1.4%

1.8L AT

102,800

99,800 (3,000)

– 2.9%

Serena

 

S-Hybrid

2.0L Highway Star

135,500

131,800 (3,700)

– 2.7%

2.0L Premium Highway Star

147,500

143,800 (3,700)

– 2.5%

X-Trail 2.0L 2WD

137,000

133,800 (3,200)

– 2.3%

2.5L 4WD

159,200

153,800 (5,400)

– 3.4%

Harga di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa pada 1 September 2018

Caj penyelenggaran perkhidmatan selepas jualan oleh Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) akan tertakluk kepada 6% cukai perkhidmatan tersebut.


ETCM juga memperkenalkan kempen ‘Malaysia Day Bonus’ yang menawarkan rebat menarik  sehingga RM 8,000* ke atas model-model terpilih Nissan.

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi bilik pameran Nissan untuk memandu uji Navara VL Plus yang baru dilancarkan dengan Intelligent Around View Monitor (I-AVM) dan model-model Nissan lain yang inovatif.

Tarikh dan lokasi siri jelajah Nissan seperti berikut:

Tarikh Wilayah Lokasi
13 – 16 September Pantai Timur Kuantan City Mall, Pahang
21 – 23 September Selatan Kluang Mall, Johor
27 – 30 September Tengah Melawati Mall, KL

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Susulan pendaftaran SST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, kami akan mula mengenakan SST pada…
Berita Domestik
Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Jim Lim Khai Xhiang, berkata industri automotif ketika ini…
Berita Domestik
Namun disebabkan masalah kekurangan cip semikonduktor yang masih lagi belum reda, sebanyak 264,000…