Kejayaan pasukan Honda Asia - Dream Racing pada pusingan terakhir bagi siri Endurance World Championship (EWC) di litar yang dimiliki oleh Honda itu merupakan satu kemanisan yang tidak dapat dilupakan oleh pasukan tersebut.
Litar Suzuka terkenal di kalangan pelumba disebabkan kesukaran untuk dikuasai, ditambah pula dengan keadaan cuaca hujan di sepanjang 5.821 km litar tersebut, ia turut menyukarkan lagi usaha pasukan dalam menguasai tangga teratas kedudukan.
Menurut Zaqwan ketika ditemuramah selepas perlumbaan berkata, "Perlumbaan tahun ini agak mencabar oleh kerana cuaca yang tidak dijangka, pada mulanya saya bergelut dengan situasi (hujan), dan lama kelamaan saya mampu menguasai keadaan tersebut."
Pendapat beliau turut disokong oleh pengurus pasukan Honda Asia - Dream Racing Zulhelmi Ahmad mengesahkan moral pasukan sedikit terganggu akibat cuaca di dalam menguasai perlumbaan tersebut.
Walaubagaimanapun, pasukan mereka mampu mencapai keputusan yang cemerlang meletakkan mereka di dalam kedudukan 10 teratas bersama-sama dengan pasukan yang ternama.
Dengan catatan masa penuh sebanyak 8 jam 05.666 saat, pasukan Honda Asia - Dream Racing membuktikan mereka juga mampu bersaing sebagai sebuah pasukan perlumbaan yang patut untuk digeruni pasukan lawan.