Honda CBR 1000RR-R jadi jentera rasmi pasukan Honda Asia-Dream Racing 2020

oleh Mohamad Hanif|
Honda Asia-Dream Racing with Showa (HADR) mengumumkan perancangan bagi musim perlumbaan tahun 2020 bersempena dengan FIM Endurance World Championships - 8 Hours of Sepang - bertempat di Litar Antarabangsa Sepang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pada tahun lalu, HADR berjaya memenangi keduduka keempat kejuaraan FIM Asia Road Racing Championship (ARRC) 2019 di dalam kelas Asia Superbike 1000cc. 

Pasukan itu juga turut meraih tempat ke-12 di dalam Japan Superbike 1000cc di All-Japan Road Race Championship serta tempat ke-11 di dalam perlumbaan Suzuka 8-hour Endurance Race. 


 


Untuk musim hadapan, pasukan HADR akan meneruskan cabaran di dalam ARRC ASB 1000 dengan satu tujuan, serta menyertai JSB 1000 dan Suzuka 8-Hour Endurance Race. 

Tugas tersebut akan digalas oleh Makoto Tamada selaku pengurus pasukan HADR semenjak ia ditubuhkan manakala pelumba Malaysia, Zaqwan Zaidi akan digandingkan dengan Gerry Salim selaku juara ARRC AP150 2018 dari pasukan Astra Honda Racing Team. 

Kedua-dua pelumba akan menggunakan Honda CBR1000RR-R, jentera lumba baharu daripada siri terkenal CBR yang baru-baru diperkenalkan di EICMA 2019. 
 


Honda CBR1000RR-R merupakan jentera yang diinspirasikan daripada Honda RC213V-S, menggunakan enjin empat silinder sebaris menghasilkan 214 hp @ 14,500 rpm dan 113 Nm @ 12,500 rpm. 

Antara teknologi perlumbaan yang dibawakan pada jentera ini termasuklah penggunaan rod penyambung titanium, piston forged, dan sistem aktuasi injap. 

Untuk membantu pelumba, Honda CBR1000RR-R Fireblade didatangkan dengan ciri Honda Selectable Torque Control (HTSC), ABS, sistem damper elektronik stereng tiga peringkat dari Showa, quickshifter dan sistem suspensi elektronik Ohlins. 

Aspek aerodinamik pula disumbangkan oleh penggunaan winglet pada bahagian sisi fairing bagi meningkatkan kadar daya turun ketika kelajuan tinggi. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kejayaan pasukan Honda Asia - Dream Racing pada  pusingan terakhir bagi siri Endurance World…