Dengan nilai yang mencecah 0.22, Mercedes-Benz A-Class Sedan kini merupakan kereta yang paling kurang rintangan angin berjaya dihasilkan oleh Mercedes yang mensasarkan open jualannya pada akhir tahun ini.
Dengan beberapa pembaikan yang dijalankan ke atas model terdahulu dibantu oleh kejuruteraan berkomputer serta ujian terowong angin, Mercedes dilihat mampu menghasilkan sebuah sedan A-Class yang lebih baik.
Antara ciri yang turut membantu sedan A-Class ini mencapai nilai CD 0.22 ialah pengurangan kawasan yang menghadap rintangan angin sebanyak 2.19 meter persegi, serta penggunaan panel di bawah badan kereta yang membantu melindungi kawasan enjin, lantai utama, gandar belakang dan juga diffuser.
Mercedes mendakwa sedan baharu ini bakal mempunyai ruang kepala penumpang belakang yang paling besar di dalam kelasnya, dan kabin yang menarik, terima kasih kepada sistem infotainment MBUX yang terkini.
Mercedes-Benz A-Class Sedan bakal diproduksikan di kilang pemasangan bertempat di Aguascalientes, Mexico dan kilang Rastatt, Jerman.