Menurut Gianluca Fiume, Pengerusi dan Pengarah Besar Piaggio Vietnam dan juga Naib presiden Eksekutif untuk Asia Pacific 2-Wheeler, pemilihan Didi Resources ialah antara strategi Piaggio untuk meletakan jenama Aprilia dan Moto Guzzi di bawah satu syarikat di Malaysia.
Ibu pejabat baharu bagi Aprilia ialah di Gasket Alley di Petaling Jaya, sama dengan Moto Guzzi.
Sebelum ini, Didi Resources juga telah mengambil-alih jenama Harley-Davidson dari Kumpulan Naza. Jenama Amerika Syarikat itu turut mempumnyai pengkalan utamanya di Gasket Alley.