Yamaha Y15ZR GP Edition ini dilayangkan dengan warna perlumbaan rasmi biru Yamaha-Movistar sebagai tanda penyertaan mereka di dalam kejuaraan MotoGP.
Tema grafik pada badan motosikal ini diinspirasikan daripada jentera YZF-M1 yang digunakan oleh pelumba Yamaha Factory Racing iaitu Valentino Rossi dan Maverick Vinales.
Setiap pembelian motosikal Y15ZR edisi khas ini akan turut menerima model miniatur Y15ZR GP Edition dan juga jam tangan jenis fitness wristband secara percuma.
Harga jualan di atas jalan bermula dari RM8,588 tanpa insurans dan cukai jalan.