Yamaha Y15ZR 2023 SE, kit aero, warna baharu, dari RM9,498

oleh Mohamad Hanif|
Hong Leong Yamaha Motor hari ini melancarkan model moped Yamaha Y15ZR SE 2023 untuk pasaran tempatan, dan boleh didapati di semua pengedar bermula 15 Ogos 2023.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Untuk kemaskini terbaharu ini, Yamaha Y15ZR SE membawakan skema warna biru baharu, diikuti dengan penambahan kit aero (visor, skup udara depan dan belakang) untuk penampilan Raja Jalanan yang lebih sporti.
 

SE


Dari segi spesifikasi, Yamaha Y15ZR SE masih lagi mengekalkan enjin silinder tunggal sejukan cecair 150 cc dengan hamburan kuasa 15.6 hp @ 8,500 rpm, daya kilas 14.4 Nm @ 7,000 rpm yang dipadankan dengan transmisi klac basah lima nisbah kelajuan.

Sistem suspensi terdiri daripada fork hadapan teleskopik, diikuti lengan ayun dan penyerap hentak tunggal di belakang, sementara sistem brek pula terdiri daripada cakera tunggal hidraulik depan dan belakang.
 

SE


Kapasiti tangki bahan api adalah sebesar 4.2 liter, sementara tinggi pelana adalah sekitar 780 mm.

Harga jualan Y15ZR SE 2023 bermula dari RM9,498.00 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans), dan setiap pembelian disertakan dengan kunci cakera brek bernilai RM100.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kali ini, warna baharu yang ditawarkan pada model NVX ini adalah warna Icon Black dan Ruby Red.…
Berita Domestik
Bermula hari ini, para pelanggan boleh mula mendapatkan dua warna baharu untuk versi standard iaitu…
Berita Domestik
Inisiatif tahun ini dikenali sebagai "Fiesta Ride Smart, Ride Selamat" dengan objektif untuk…