Terdiri daripada lima model yang berasingan, siri ini turut menampilkan beberapa ciri menarik seperti fungsi chronograph dan casis CARBONOXTM.
Mengambil semangat kental daripada pasukan kombat paling elit di dunia iaitu US Navy SEAL, Luminox Siri 3580 ini direka dengan beberapa ciri yang diperkukuh bagi menempuh sebarang halangan dan keadaan.
Mantera "The Only Easy Day Was Yesterday" yang menjadi pegangan Navy SEAL turut dipaparkan pada permukaan dial model XS.3581.EY.F ini sebagai inspirasi kepada mereka yang memiliki jam ini supaya lebih bersedia untuk menghadapi hari mendatang yang lebih mencabar.
Koleksi ini turut hadir dengan pilihan warna tema tentera yang menarik seperti army green, navy blue, charcoal dan black-out.
Casis CARBONOXTM diperbuat daripada bahan kompaun karbon yang menjadi tanda perdagangan Luminox serta penggunaan kaca mineral tempa menjadikan jam ini mampu bertahan sehingga 20 ATM tekanan di dalam air.
Turut ditampilkan ialah Luminox Light Technology (LLT) pada 15 poin pada jam tangan ini membolehkan pengguna membaca masa menerusi sistem iluminasi yang mampu bertahan selama 25 tahun tanpa sebarang bantuan cahaya luaran.