Menurut laporan, pengeluar supercar dan hypercar terulung daripada Sweeden itu merancang pengenalan sulung model pengganti Agera RS itu pada pertunjukan automotif Geneva 2019.
Berdasarkan lakaran kasar yang didedahkan, model terbaru tersebut menampilkan lampu rekaan jenis tirus yang mengambil inspirasi daripada Regera, sementara mengekalkan garisan bumbung tradisi yang terdapat pada model-model Koenigsegg yang lain.
Tiada sebarang info teknikal didedahkan buat masa ini, namun Koenigsegg yakin pengganti Agera RS ini bakal memegang rekod kereta produksi terpantas di dunia.
Tahun lepas, Koenigsegg Agera RS dengan enjin turbo bentangan V8 5.0 liter yang mampu menghamburkan sejumlah 1,160 kuasa kuda itu telah mencatatkan kelajuan tertinggi sepantas 447 km/j.
Malah, ia telah memadamkan rekod yang telah dibuat oleh Bugatti Chiron beberapa minggu selepas hypercar dari kumpulan Volkswagen itu mengumumkan rekod terpantas mereka di dalam cubaan 0-400 km/j-0.
Catatan masa yang dicapai oleh Koenigsegg Agera RS telah mengalahkan rekod Bugatti Chiron sebanyak 8.67 saat dan memperbaiki rekod sendiri sebanyak 3.15 saat.