Siaran langsung perlawanan di antara Jerman dan Mexico itu turut meriah dengan hiasan warna tema pasukan Jerman memenuhi ruang NZ Wheels dan sorakan gegak gempita daripada penyokong-penyokong daripada pasukan negara Mercedes-Benz itu.
Menurut Dato' Samson Anand George, CEO Automotive Group Naza Corporation Holdings berkata, "NZ Wheels World Cup 2018 Live Viewing Party ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan kami kepada para pelanggan yang setia, rakan-rakan dan juga ahli keluarga mereka dengan membawakan mereka kemeriahan menonton Piala Dunia."
"Dengan ini, kami berharap agar dapat memberikan khidmat pelanggan yang lebih baik, di samping menawarkan produk yang terbaik sejajar dengan tagline Mercedes-Benz untuk pasukan Jerman - Best Never Rest!" tambah beliau.