Polis lancar Unit Siasatan Lebuhraya bantu mangsa kemalangan di PLUS

oleh Mohamad Hanif|
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini melancarkan unit khas yang akan ditempatkan di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan bagi memudahkan orang ramai membuat laporan polis berkenaan kemalangan yang dihadapi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan The Star, Unit Siasatan Lebuhraya yang baharu ini akan membantu orang ramai mengendalikan kes-kes kemalangan kecil yang berlaku ketika sedang menggunakan lebuhraya. 
 


Menurut Ketua Polis Negeri Perak, Hasnan Hassan berkata, unit siasatan tersebut akan ditempatkan di beberapa kawasan yang kerap berlaku kemalangan terutama di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) utama supaya dapat membantu mangsa yang terlibat dengan pantas dan berkesan. 

Dilancarkan sejak awal tahun ini, Unit Siasatan Lebuhraya tersebut dibahagikan kepada tiga zon utama iaitu utara, sentral dan selatan di sepanjang PLUS. 

Unit Utara diberikan tanggungjawab untuk mengawal kawasan daripada Perlis sehinggalah ke Ipoh, manakala Unit Sentral akan memantau keadaan daripada Ipoh menuju ke Seremban, dan selebihnya akan dipegang oleh Unit Selatan

Sumber: Paultan dan The Star

Tags

Berita Berkenaan

Informasi
“Buat masa ini kes masih dalam siasatan. “Dan setakat ini masih belum ada tangkapan dan maklumat…
Berita Domestik
"MPV SL 63 menghampiri dua lelaki tersebut dan mengarahkan untuk menghentikan motosikal yang…
Berita Domestik
“Hasil siasatan polis mendapati sebuah lori treler membawa muatan besi yang dalam perjalanan dari…