Dua lelaki lari dikejar kereta peronda polis akhirnya ditahan, kena saman sebab tiada lesen memandu

oleh Penyumbang Rencana|
Polis mengesahkan video tular memaparkan insiden kejar mengejar melibatkan sebuah MPV dan motosikal yang dinaiki dua lelaki di Jalan Pasar Malam Pekan Meru, Klang di Selangor.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Vijaya Rao A/L Samachulu, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 1 tengah hari Khamis.

"Semasa MPV SL 63 bertugas rondaan cegah jenayah kawasan Meru terserempak dengan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 yang dinaiki dua lelaki di lampu isyarat Jalan Pasar Malam dalam keadaan yang mencurigakan.

"MPV SL 63 menghampiri dua lelaki tersebut dan mengarahkan untuk menghentikan motosikal yang dinaiki namun dua lelaki tersebut melarikan diri. MPV SL 63 mengejar dan berjaya menahan motosikal tersebut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Susulan pemeriksaan terhadap kedua-dua lelaki tersebut mendapati mereka bukan warganegara tetapi mempunyai dokumen perjalanan sah dan tidak membawa barang-barang menyalahi undang-undang.

Bagaimanapun, tindakan saman POL 257 dikeluarkan kepada penunggang motosikal tersebut kerana tidak mempunyai lesen memandu.

Terdahulu, sebuah video memaparkan kereta peronda polis mengejar dua lelaki disyaki penjenayah di Bukit Kapar dekat Klang, Selangor tular pada Jumaat.

Cubaan melarikan diri dua individu yang berlaku dalam video berdurasi kurang satu minit itu dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Video di bawah:

https://www.instagram.com/reel/C6f20lvPXlT/?utm_source=ig_web_copy_link

 

MStar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Operasi terbabit melibatkan kekuatan lebih 1,500 pegawai dan anggota polis serta agensi…
Berita Domestik
Kejadian itu dikongsikan mangsa iaitu @shafiyyah_nurul di laman sosial X pada Selasa. Menurutnya,…
Berita Domestik
Beliau berkata, mangsa telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini pada jam 11 pagi…