Sehubungan dengan itu, ETCM akan memansuhkan Skim Perlindungan Harga yang telah diumumkan sebelum ini dan menggantikannya dengan rebat GST tunai penuh bagi setiap pendaftaran kenderaan bermula dari 16 Mei sehingga 31 Mei 2018.
Nissan juga turut menawarkan ganjaran Duit Raya melalui promosi Blissful Journey with Nissan sepanjang bulan Mei 2018.
Lima pelanggan yang bertuah akan membawa pulang sebuah kerusi urut OSIM uLove bernilai RM19,988 beserta hadiah tambahan dengan nilai terkumpul mencecah RM450,000.
Berikut merupakan senarai penjimatan yang ditawarkan bersempena promosi terbaharu ini.
Model | Rebat Tunai GST | Ganjaran Duit Raya | Jumlah Penjimatan |
Almera | RM4,625.10 | RM10,000 | RM14,625.10 |
Grand Livina | RM5,783.25 | RM7,000 | RM12,783.25 |
Teana | RM8,506.53 | RM5,000 | RM13,506.53 |
X-Trail | RM9,419.99 | RM10,000 | RM19,419.99 |
All-New Nissan Serena | RM8,304.41 | RM2,000 | RM10,304.41 |
Nissan Serena | RM8,055.36 | RM6,000 | RM14,055.36 |
Navara 2018 | RM6,770.92 | RM8,000 | RM14,770.92 |
Navara 2017 | RM6,770.92 | RM13,000 | RM19,770.92 |