Nissan Almera 2024 kini dengan pakej KURO Edition, dari RM83,888

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan tahun baharu, Edaran Tan Chong Motor menawarkan sedan segmen B Nissan Almera 2024 yang diserlahkan dengan pakej KURO Edition, dan warna baharu Glacier Grey.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Pakej KURO berharga RM8,000 itu merangkumi kit aero yang dibangunkan oleh TOMEI Jepun, terdiri daripada pilihan rim aloi (15 atau 16 inci), spoiler bampar depan, spoiler bampar belakang, skirt sisi, serta spoiler belakang di mana kesemuanya didatangkan dengan kemasan hitam berkilat.
 

kuro


Selain daripada aksesori yang disebutkan di atas, Nissan Almera 2024 juga turut didatangkan dengan Filem Tinting ICE Cool, pedal sukan, plat pemijak kaki, pelindung pemegang pintu dan juga visor pintu.

Terdapat juga pakej KURO GT (tambahan RM3,200 ke atas pakej KURO sedia ada) yang menawarkan GT Wing TOMEI, serta rim aloi perlumbaan IMPUL bersaiz 16 inci.
 

almera


Tiada sebarang perubahan dari segi spesifikasi, di mana Nissan Almera masih lagi kekal dengan enjin 1.0 liter turbo menghasilkan 100 hp dan 152 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT Xtronic, dan menawarkan penjimatan bahan api 18.4 km/L.

Ruang kabin Almera dilengkapi dengan skrin paparan semi digital 7 inci, skrin infohibur 8 inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, serta roda stereng bawah rata yang memberikan elemen yang sporti.

Nissan Almera 2024 turut didatangkan dengan kelengkapan NIssan Intelligent Mobility dan Nissan Safety Shield 360, terdiri daripada fungsi seperti Amaran Pelanggaran Hadapan Pintar (IFCW), Brek Kecemasan Hadapan Pintar (IFEB), Amaran Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang dan kamera 360 darjah.
 

almera


Terdapat dalam tiga varian, harga jualan Nissan Almera 2024 bermula dari RM83,888.

Bersempena dengan pelancaran pakej tersebut, pembeli boleh mendapatkan promosi Pakej KURO Edition dengan tambahan RM1,000, atau RM1,500 untuk pakej KURO GT yang terhad kepada 300 unit sahaja.

Berita Berkenaan

Berita Global
Era 60-an: Datsun Sunny 1000, 30,000 unit dalam tempoh lima bulan!     Datsun Sunny 1000…
Berita Domestik
Susulan itu katanya, seramai 10 anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu…
Berita Global
  Gril itu adalah kesinambungan kepada dua abang besar iaitu Sentra dan Teana. Bahagian belakang…