Dengan ini, secara rasminya Auto Commerz menjadi kumpulan pengedar jenama Mercedes-Benz yang kesembilan di Malaysia.
"Sebagai kumpulan pengedar yang paling baru menyertai rangkaian Mercedes-Benz di Malaysia, kami berasa bangga untuk menambah perkhidmatan pelanggan ke dalam perniagaan kami," kata Ketua Pengedar Auto Commerz, Eric Khoo.
Pusat servis Mercedes-Benz Auto Commerz 2S ini terletak kira-kira 950 m daripada Mercedes-Benz Auto Commerz Autohaus, pusat servis ini dilengkapi dengan peralatan dan kelengkapan diagnostik yang disahkan oleh Mercedes Benz dan diselia oleh Mercedes-Benz Certified Service yang terlatih secara profesional.
Dengan kelengkapan dan kawasan kerja yang mencukupi, pusat ini mampu memberikan khidmat kepada lebih 200 kenderaan jenama Mercedes-Benz dalam masa sebulan.
Para pemilik Mercedes-Benz berdekatan boleh melawat Pusat Servis 2S Mercedes-Benz Auto Commerz di alamat berikut:
No 14, Jalan Usahawan 5,
Kawasan Perusahaan PKNS,
Setapak
53300 Kuala Lumpur
Nombor telefon: 03-4144 5500
Serentak dengan itu, pihak Mercedes-Benz turut mengumumkan Klinik Servis Mercedes-Benz, satu program pemeriksaan kenderaan yang akan dikendalikan oleh pakar servis 'Flying Doctors' daripada Daimler.
Program pemeriksaan ini dikhaskan kepada kenderaan jenama Mercedes-Benz yang berusia empat tahun dan ke atas sahaja.
Pemilik kenderaan Mercedes-Benz dinasihatkan supaya membuat temujanji awal bagi mendapatkan slot mereka tersendiri.
Berikut merupakan jadual Klinik Servis Mercedes-Benz mengikut tarikh dan tempat.
Tarikh |
Tempat |
Nombor Telefon |
14 - 18 Mei |
NZ Wheels Klang Lot 1385, Jalan Kapar, Wisma Naza, Batu 2, Kawasan 19, 41400 Klang, Selangor |
03-3342 3333 |
25 – 29 Jun |
Hap Seng Star Iskandar No 7, Jalan SILC ¼ CTaman Perindustrian SILC, 79200 Iskandar Putri, Johor |
07-509 9019 |
3 – 7 September |
Auto Commerz No. 14, Jalan Usahawan 5, Kawasan Perusahaan PKNS, Setapak 53300 Kuala Lumpur |
03-4144 5500 |