Memandangkan semakin kurang peluang untuk mempelajari pemanduan dengan transmisi manual, Honda USA mengambil peluang dengan mengadakan kelas insentif khusus yang dikenali dengan nama "Shifting Gears" kepada mereka yang berminat untuk mempelajari transmisi manual.
Program "Shifting Gears" ini bertujuan untuk menarik minat anak muda bagi mempelajari transmisi manual dan mengawal kenderaan dengan lebih berkesan melalui beberapa siri kelas yang diadakan.
Menariknya, selain daripada kereta baharu seperti Honda HR-V, Honda Fit dan Honda Accord, Honda USA turut menyediakan kereta yang ikonik seperti Honda Civic CVCC, Honda Prelude Type SH dan sebuah model sport S2000.
Menerusi kelas khas ini, pemandu akan diajar bagi mengendalikan kereta manual di kawasan yang berkelajuan rendah bagi mereka yang kurang berpengalaman atau pertama kali memandu sebuah kereta manual.
Bagi mereka yang sudah arif, mereka akan diberikan lesen untuk memandu di lebuh raya Angeles Crest dengan pengawasan dari pihak penganjur.
Honda turut menyediakan sebuah video khas bagi menerangkan cara untuk memandu sebuah kereta manual yang boleh dilihat menerusi video di bawah ini.
Kami di Careta mengalu-alukan kepada mana-mana pihak yang sudi menganjurkan program sedemikian kepada masyarakat supaya mereka boleh merasai dan menghargai sendiri keseronokan memandu transmisi manual ini.
Sumber: Honda