Nampaknya tiga model menarik dari Hyundai, sedan segmen D Sonata, SUV besar Santa Fe dan kereta sport Veloster tidak akan lagi ditawarkan kepada pasaran Malaysia.
Menurut laman Carlist.my, Hyundai Sime Darby Motors telah senyap-senyap menarik keluar senarai harga untuk ketiga-tiga model itu.
Pengedar-pengedar cuma boleh menjual saki-baki unit yang tinggal dan tidak akan ada lagi tempahan untuk yang baru boleh dilakukan.
Sonata masih diimport masuk dan harganya sedikit tidak munasabah, berbanding dengan pesaing lain yang dipasang di Malaysia. Santa Fe yang baharu juga telah dipertontonkan di Geneva dan begitu juga dengan Veloster baharu yang dilancarkan di New York tempohari.
Mungkin dengan ini Hyundai Sime Darby mampu memberikan fokus yang lebih kepada dua model popular mereka, Ioniq Hybrid yang dipasang di Kulim dan Grand Starex, bas berjiwa Ferrari.