Veloster N - bukti Hyundai sudah berani dengan varian sports

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Varian sport memang lazim untuk jenama-jenama kenderaan, tetapi kesemuanya mempunyai sejarah sukan permotoran yang lebih tua dari ibubapa kita sendiri.

Untuk Hyundai, ia dikirakan jenama "baharu" di dalam kebanyakan pasaran. Ia bermula dengan kenderaan-kenderaan mampu milik, dan kemudian evolusi jenama tersebut terus berubah di hadapan mata kita sendiri.

Dari segmen rendah, sehingga ke model-model ultra mewah, kini Hyundai mencuba  nasib untuk menghasilkan varian sporty dengan menggunakan satu huruf sahaja - N.

 

 

Ini dibuktikan dengan spek N untuk model Veloster baharu. Ia telah dilancarkan di pasaran-pasaran utama dunia dan Careta tidak terkejut jika Veloster baharu ini akan diperkenalkan kelak.

Cuma seperti jenama lain, Veloster mempunyai varian yang lebih sporty dari model yang digunakan oleh marhaen lain.

 

Veloster N ini mungkin dihasilkan di Namyang, pusat R&D global untuk Hyundai tetapi penalaan ride and handling atau pengendalian dilakukan oleh mereka sendiri di litar Nurburgring.

Dari luaran, roda aloi dibalut dengan tayar cengkaman tinggi Michelin Pilot SuperSport (untuk rodak aloi 18-inci) atau Pirellu P-Zero (untuk roda aloi 19-inci).

 

Enjin Veloster N ini ialah 2.0L dengan direct injection turbocharged. Ia menghasilkan 275 hp pada 6,000 rpm dan 353 Nm pada 1,450 rpm sehingga 4,700 rpm.

Transmisi ialah 6-kelajuan manual dengan lapisan karbon pada komponen transmisi membantu meningkatkan lagi keistimewaannya.

 

Ada pelbagai lagi teknologi yang diberikan untuk Hyundai itu tetapi memang ia sudah lebih canggih.

Adakah Sime Darby akan membawa masuk Veloster ini? Tunggu sahaja beberapa bulan lagi.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bahagian depan lebih berketak dengan jeriji dan lampu nyalaan siang baharu. Gaya jeriji condong…
Berita Domestik
Menurutnya, serbuan dibuat bersama wakil pemilik cap dagang berdasarkan aduan yang diterima. "…
Berita Global
Pelbagai teknologi dan ciri-ciri yang ditawarkan sehingga ia membuatkan suatu kenderaan itu…