Namun, ada satu berita kurang menyenangkan. Lotus Exige Cup 430 Type 25 ini berharga $154,000 (RM595,980) mengikut pertukaran matawang semasa) dan terhad kepada pasaran Amerika sahaja.
Lotus edisi khas ini merupakan model penambahbaikan kepada Lotus Exige Cup 430 yang telah dihasilkan pada November 2017. Enjin bentangan V6 buatan Toyota dengan kuasa induksi paksaan supercharger dari Edelbrock ini menghasilkan 430hp dengan kuasa tork setinggi 440Nm sebelum disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear manual enam kelajuan.
Bakal pemilik Exige edisi khas ini juga akan diberikan pas masuk khas ke kilang pengeluaran Lotus di Hethel dan melawat fasiliti yang ada di sana termasuklah fasiliti Classic Team Lotus.
Setiap pembelian kereta tribut ini akan menerima sijil pengesahan pemilikan yang akan ditandatangani sendiri oleh CEO Lotus, Jean-Marc Gales dan juga sebuah buku berjudul Jim Clark: Tribute to a Champion.
Sumber: Road and Track
Penulis: Muhamad Hanif