Mengimbau kembali prestasinya pada perlumbaan sama tahun lalu, Zen low berjaya menamatkan perlumbaan tersebut di posisi ketiga.
Low dalam satu kenyataan berkata, dia akan menggunakan pengalaman beraksi pada perlumbaan sebelum ini sebagai motivasi untuk meraih kemenangan pada perlumbaan tersebut nanti.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza World, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin memberitahu, pihaknya yakin dengan keupayaan pelumba berkenaan.
Terdahulu, pusingan pertama perlumbaan tersebut esok akan dijalankan di Melbourne, Australia sebelum disusuli dengan New Zealand, China dan Jepun.