Moto2: Hafizh Syahrin peroleh mata pertama

oleh Mohamad Hanif|
Meskipun menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16, pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin berjaya mengutip mata pertama perlumbaan musim ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini adalah ekoran pembatalan keputusan Lorenzo Dalla Porta yang menduduki tangga ke-11 setelah mendapati jentera Moto2 miliknya merekodkan gabungan berat yang tidak mencapai had minimum yang telah ditetapkan (217 kg).

Panel FIM MotoGP mendapati kegagalan pelumba Italtrans Racing Team itu melanggar Artikel 2.5.4.1 Peraturan Kejuaraan Dunia GP FIM yang telah ditetapkan.

"FIM memutuskan untuk membatalkan keputusan tersebut mengikut Artikel 3.2.1," jelas panel FIM dalam satu kenyataan.

Walaupun memulakan perlumbaan di petak 27, Hafizh Syahrin menunjukkan aksi tunggangan yang mantap sehingga berjaya memperoleh kedudukan ke-11.

Namun disebabkan masalah kenaikan suhu jentera, pelumba itu sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16.

Sumber: MotoMalaya

Berita Berkenaan

MotorGP
Dia yang beraksi bersama NTS RW Racing GP berkata ada beberapa faktor yang membuatkan dia mengambil…
MotorGP
Penunggang berusia 23 tahun itu, yang kini bertanding pada Kejohanan CEV FIM dan kini menghuni…
MotorGP
Laporan terbaharu daripada Motorsport turut menyebut bermula tahun hadapan, pasukan SRT hanya akan…