Dyson cadang bina tiga kereta elektrik

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pembuat pembersih hampagas, kipas angine meja moden dan pengering tangan, Dyson telah mengumumkan bahawa mereka akan membina tiga model kereta elektrik (EV) dan akan melabur sebanyak USD 2.8 billion untuk tujuan tersebut.

Menurut Financial Times, EV Dyson akan menggunakan bateri solid-state yang dilihat akan menjadi jenis bateri menggantikan bateri lithium-ion yang digunakan pada telefon, laptop dan juga kereta-kereta Tesla.

 

 

Ada banyak lagi isu akan cadangan Dyson ini kerana buat masa ini, syarikat yang berpangkalan di UK itu masih tidak mempunyai kilang pembuatan kenderaan, wakil penjual dan semua prasarana yang diperlukan oleh sebuah syarikat kenderaan.

Namun begitu, Tesla juga bermula dengan tangan kosong dan angan-angan sahaja dan kini pemain lain lebih mudah mendapatkan dana dan juga pembeli kerana Tesla sudah membuka jalan untuk industri itu.

Dyson mempunyai sebuah pejabat R&D dan kilang di Johor Bahru.  Mungkin kerajaan Malaysia boleh duduk bersama Dyson dan menjadikan Malaysia sebagai hab EV mereka.

Tags

Berita Berkenaan

Kereta
Perkara seperti tersebut membuatkan sesetengah orang masih kurang yakin dengan kebolehan dan…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Majlis perasmian itu diadakan di Dewan Gandasuli Tamara Residence, bersama-sama dengan sambutan…