Mungkin itu perumpamaan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan persamaan antara dua beradik ini.
Terbaharu, Luca Marini yang juga merupakan adik tiri kepada juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) sembilan kali, Valentino Rossi dilaporkan bakal berlumba mengikuti jejak langkah abangnya itu.
Memetik laporan Cycle World sebagai berkata, Marini, 20, mengesahkan bahawa dia bakal berlumba dalam kelas Moto 2 mewakili Sky Racing Team VR46 bermula musim ini.
Harus diketahui, pasukan perlumbaan tersebut dikendalikan Akademi Rossi dan syarikat telekomunikasi terkemuka United Kingdom (UK).
Turut hadir pada majlis pengumuman pelumba itu ialah Stefania Palma (ibu kepada Rossi dan Marini).