Pengarah Eksekutif Kumpulannya, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal berkata, pelancaran promosi tersebut dilakukan bagi memeriahkan sambutan perayaan Tahun Baru Cina tahun ini.
"Kita (Haval Malaysia) berharap pelanggan dapat menikmati nilai yang lebih baik untuk wang mereka dengan memiliki SUV pada harga yang berpatutan dan kompetitif.
"Selain promosi tersebut, kita turut menjalankan pameran di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara," katanya.
Tambah Azli, pengguna yang berminat untuk menikmati tawaran berkenaan boleh berkunjung ke lokasi jelajah Haval Malaysia berdekatan dengan kediaman masing-masing.
Berikut merupakan jadual dan lokasi pameran berlangsung:
1. NSK Seremban 2, Seremban (1 – 31 Januari 2018)
2. Tesco Taiping, Taiping (1 – 28 Januari 2018)
3. Giant Kota Padawan, Kuching (23 – 30 Januari 2018)
4. Tesco Saujana Impian, Kajang (24 – 30 Januari 2018)
5. Pahang Karnival, Parking Stadium Darul Makmur, Kuantan (25 Januari – 3 Februari 2018)
6. MAI Auto Galleria, Dataran Aman Jaya Mall, Sg Petani (26 – 28 Januari 2018)
7. Alamanda Shopping Mall, Putrajaya (1 – 11 Februari 2018)
Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi talian Khidmat Pelanggan Haval Malaysia di 03-5569 7332, e-mel [email protected]., layari laman web rasmi mereka di www.haval.my, Facebook di www.facebook.com/havalmy atau ikuti laman Instagram di www.instagram.com/havalmy.