Untuk makluman, berat keseluruhan bagi jentera perlumbaan sahaja berjumlah 660kg. Jumlah itu meningkat 6kg, jauh lebih berat berbanding jentera pada musim lalu.
Difahamkan, cadangan penambahan berat bagi musim 2019 tahun itu perlu dikaji semula kerana kehadiran pelindung kokpit Halo seberat 15kg.
Harus diketahui, pelindung kokpit tersebut diwajibkan bagi perlumbaan musim 2019.
Justeru, perkara itu wajar dibincangkan semula oleh FIA sebelum mereka tampil dengan keputusan muktamad.
Terdahulu, cadangan itu mendapat perhatian hangat dalam kalangan pelumba di mana mereka bersedia untuk cuba melakukan diet khusus dalam memastikan berat badan dimiliki bersesuaian dengan had yang dibenarkan.