Ditambah pula dengan kehadiran rim hitam jenis MINI Yours Masterpiece bersaiz 18 inci, penampilan Mini Clubman Sterling Edition begitu meyakinkan. Namun, itu belum cukup menarik lagi.
Tumpuan sebenar bagi model ini terletak pada bahagian kabinnya sendiri. Untuk makluman semua, kabin MINI Clubman Sterling Edition disuntik dengan dua tona warna asas yang berbeza iaitu warna biru pada bahagian kerusi kulit mewah dan merah hati (bahagian kemasan dalaman). Bosan dengan warna berkenaan? Jangan bimbang, anda kini boleh menukar warna sedia ada kepada warna lain untuk disesuaikan dengan citarasa diingini. Terdapat 12 opsyen warna untuk dipilih.
Beralih ke skrin paparan informasi dan hiburan bersaiz 6.5 inci dimiliki model ini, sistem MINI Connected turut memberi kemudahan streaming secara langsung mahupun menerusi aplikasi Spotify. Anda pasti terhibur, lebih 30 juta lagu boleh diakses setiap masa. Selain itu, sistem ini juga memiliki fungsi zoom-in atau zoom out bagi memudahkan tugas menaip dan akses kepada sistem atau aplikasi pemetaan sebagai contoh Waze dan sebagainya.
Ini bermakna sistem menjalankan fungsi pelbagai dan bukan tertumpu pada tugas memaparkan maklumat standard seperti jarak perbatuan semasa, kadar penggunaan bahan api semasa dan destinasi terakhir dituju.
Berbaloi bukan? Bukan itu sahaja, setiap pembelian MINI Clubman Sterling Edition ini turut disertakan dengan jaminan tanpa had perbatuan selama empat tahun selain servis berjadual percuma.
Menariknya, model ini turut dilengkapi pakej perlindungan berbentuk bantuan dan sokongan tepi jalan (Roadside Assistance) selama lima tahun merangkumi perkhidmatan panggilan kecemasan dan kemalangan 24 jam (On The Spot Hotline), perkhidmatan tunda percuma (jarak perlulah melebihi 200 kilometer daripada lokasi kediaman) atau bila perlu (kemalangan), penggantian kenderaan (solusi mobiliti), penginapan dan penghantaran pulang.
Sekiranya berlaku kejadian tidak diingini, hubungi talian MINI Roadside Assistance di 1800-88-8808 bagi mendapatkan akses kepada bantuan kecemasan.
Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan MINI Clubman Sterling Edition, anda boleh berbuat demikian dengan melakukan tempahan melalui laman web mini.my/clubman-sterling sekarang juga kerana tempahan atas talian sudah pun dibuka bermula hari ini.
Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, pihaknya menasihatkan pelanggan yang berminat menempah MINI Clubman Sterling Edition ini untuk mengisi borang dan membuat pembayaran menerusi laman web berkenaan sebaik sahaja jualan dibuka.