Tiada perubahan teknikal yang dapat Careta lihat dari risalah PDF yang diberikan, cuma tambahan kelengkapan kosmetik AMG seperti berikut:
- Rekabentuk AMG Line Exterior
- Roda aloi AMG 5-batang 18-inci
- Lampu masuk/keluar ala lampu lopak dengan logo Mercedes-Benz tersuluh ke tanah
- Lampu hadapan LED berkapasiti tinggi
- Ekzos kembar
- Cermin sisi dilipat guna elektrik
- Kabin dalam dengan ciri-ciri AMG Line Interior
- Kemasan kulit
- Pakej lampu dalam
- Karpet lantai AMG
Varian C 200 AMG ini cuma RM2,00 lebih mahal dari C 200 Exclusive Line. Untuk yang mahu menggunakan pakej kewangan Agility Financing selama tiga tahun, bayaran bulanan ialah RM2,548 (had perbatuan 20,000 km setahun).