Setelah lama mengunci mulut tentang pertanyaan media dan umum mengenai model terhangat Civic Type R akhirnya Honda Malaysia mendedahkan kereta itu akan diimport secara rasmi dari United Kingdom. Lebih mengujakan ia akan dipasarkan tidak lama lagi dengan tempahan sudah pun dibuka untuk mereka yang berminat (dan berpoket tebal).
Selain reka bentuk yang begitu menyerlah, Civic Type R telah dinobatkan sebagai kereta pacuan roda depan (FWD) terpantas dunia dengan catatan masa 7 minit 43.80 saat di litar Nürbürgring, Jerman pada awal April lalu. Civic Type R juga adalah model pertama yang dibina untuk pasaran global.
Type R ialah kereta legenda buat peminat Honda dan kereta berprestasi. Varian ini mula diperkenalkan 25 tahun lalu dan telah banyak mencipat sejarah. DNA pada Type R ialah ringan, prestasi dinamik dan ringkas dari segi mekanikal.
DNA tersebut dikekalkan pada Civic Type R baharu dan membolehkannya mencatat rekod terpantas di Nürbürgring.
Perubahan paling ketara pada Civic Type R baharu ialah ciri-ciri aeordinamik yang ditambah baik bagi memberikan lebih prestasi dan juga kestabilan pemanduan. Ciri-ciri baharu tersebut berjaya membantu dalam memperolehi rekod kelajuan yang lebih pantas berbanding Civic Type R Euro.
Walaupun tampak seperti bersedia untuk membelasah litar, Civic Type R masih lagi sesuai untuk menggalas tugas pemanduan harian. Diasaskan dari Honda Civic Hatchback, Type R ini mempunyai 38 peratus ketegaran torsi (torsional stiffness) lebih berbanding Type R Euro.
Honda Civic Type R adalah lambang manifestasi semangat perlumbaan yang membina DNA Honda.
Berikut ialah spesifikasi Honda Civic Type R pasaran domestik Malaysia (MDM) secara umum (Civic Type R Indonesia sedikit berbeza dengan spesifikasi UK):
- Enjin 2.0 liter VTEC Turbo berkuasa 310 PS dan tork 400Nm
- Transmisi enam kelajuan manual yang dibangunkan Honda R&D untuk tukaran gear jitu
- Tiga mod pemanduan - COMFORT, SPORT dan +R
- Tiga mod itu mengubah tetapan Adaptive Damper System (ADS), Drive-by-Wire throttle (DBW), Electronic Power Steering (EPS), Vehicle Stability Assist (VSA) dan sistem cengkaman dan brek
- Setiap mod pemanduan memberikan keseimbangan di antara pemanduan dan pengendalian untuk pengalaman berbeza. Juga sesuai untuk pemanduan harian dan di litar
- Honda R&D turut membangunkan sistem ekzos tiga muncung walaupun nampak pelik tetapi ada sebab tersendiri
- Pada kelajuan rendah hingga sederhana, ekzos mengeluarkan bunyi berkuasa manakala pada kelajuan tinggi atau di lebuh raya, sistem ekzos akan mengubah kepada bunyi yang lebih sopan supaya pemandu dan penumpang tidak terganggu
- Roda aloi 20 inci
- Brek BREMBO
Honda Civic Type R MDM seperti pasaran lain diimport sepenuhnya dari kilang Honda Swindon, UK manakala enjinnnya dibuat di kilang Honda Anna, Ohio, Amerika Syarikat.
Kereta hebat ini sudah boleh ditempah bermula sekarang di 21 bilik pameran Honda terpilih atau dipanggil Honda Sport Dealers.
Berikut ialah senarai bilik pameran Honda Sport Dealers:
No |
Kawasan |
Honda Sport Dealers |
1 |
Tengah |
Autoworld Asia Sdn Bhd |
2 |
Tengah |
Botanic Auto Mall Sdn Bhd |
3 |
Tengah |
Global Amity Sdn Bhd (Bangi) |
4 |
Tengah |
Kah Motor Co Sdn Bhd - Selayang |
5 |
Tengah |
Sri Utama Auto Sdn Bhd |
6 |
Tengah |
USJ Car Express Sdn Bhd |
7 |
Tengah |
MH Prestige Auto Sdn Bhd |
8 |
Tengah |
Peringgit Sri Motor Sdn Bhd |
9 |
Tengah |
Tenaga Setia Resources Sdn Bhd |
10 |
Tengah |
The Millenium Auto Carriage |
11 |
Pantai Timur |
Chuan Thye Motor Sdn Bhd |
12 |
Pantai Timur |
Syarikat Tan Eng Ann Sd Bhd |
13 |
Timur Malaysia |
Syarikat Labuan Automobile Sdn Bhd |
14 |
Utara |
Ban Hoe Seng (Auto) Sdn Bhd |
15 |
Utara |
Formula Venture Sdn Bhd |
16 |
Utara |
Kah Motor Co Sdn Bhd - Sg Pinang |
17 |
Utara |
Lee Motor SP (Car Div) Sdn Bhd |
18 |
Utara |
Yooi Cars Sdn Bhd |
19 |
Selatan |
Ban Lee Heng Motor Sdn Bhd (Seremban) |
20 |
Selatan |
Syarikat Motor GS Tay Sdn Bhd |
21 |
Selatan |
Yong Ming Motor Sdn Bhd |
Penulis: Muhammad Md Tajudin