Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan varian GLC 200 yang diletakan di dalam julat harga lebih rendah berbanding dengan varian G:C 250 4MATIC CKD.
Varian baharu itu datang dengan enjin 2.0 L turbo yang sama dengan GLC 250 CKD tetapi menghasilkan kuasa kuda dan tork yang lebih rendah - 184 hp dan 300 Nm.
Transmisi yang digunakan juga yang sama, iaitu 9G-TRONIC dengan 9 kelajuan, automatik.
GLC 200 datang dengan bodykit luaran Off-Road walaupun ia cuma pacuan dua roda. Selain dari itu, antara yang menarik ialah roda aloi 19-inci, panel underguard dalam bentuk krom, corong ekzos c=krom dan rak bumbung anodised.
Bahagian dalam menggunakan campuran kulit tiruan Artico dan juga kemasan fabrik.
Paling penting, harganya pada RM288,888 jauh lebih rendah dari GLC 250 4MATIC CKD, iaitu RM325,888.
Mercedes-Benz Malaysia ada membawa beberapa wakil media ke Sabah untuk pelancaran dan pandu uji model ini. Sayangnya mereka belum mampu untuk membawa Careta. Diharapkan agar dengan terlancarnya model ini, syarikat itu mungkin akan mampu berbuat begitu nanti.
Di bawah ialah perbandingan spesifikasi kedua varian tersebut.