Untuk peminat Ultraman, kini ada kereta khusus untuk anda - Toyota GT86 M78x86.
Sebelum anda berfikir ia adalah satu formula matematik, M78 ialah nama untuk planet Nebula M78, tempat asal Ultraman dan kampung halamanya bila ia pulang berhari-raya.
Bahagian luar dan dalam direka dengan ciri-ciri Ultraman, dan ia datang dalam beberapa varian:
- Varian transmisi manual 6-kelajuan dengan kit Ultra lengkap - RM135,250.
- Varian transmisi automatik dengan kit Ultra lengkap - RM137,600
- Varian Limited dengan kit Ultra penuh (manual) - RM143,000
- Varian Limited dengan kit Ultra penuh (automatik) - RM145,222.
Nampak murah ya tetapi jangan lupa, kos pemilikan kenderaan di Jepun sangat tinggi kerana anda perlu membayar insurans dan tempat letak kenderaan yang sangat mahal.
Efek Ultraman sangat kuat di Jepun. Mungkin kita juga boleh menghasilkan sesuatu yang sama.