Proton kembali dengan Kempen Keselamatan Hari Raya percuma!

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sempena sambutan Hari Raya dan musim cuti panjang minggu hadapan, Proton menjemput pelanggannya untuk ke mana-mana pusat perkhidmatan Proton pada bulan Jun ini untuk mendapatkan pemeriksaan percuma 20-point.

Kempen dengan kerjasama Petronas ini akan turut dilanjutkan ke beberapa stesen minyak Petronas terpilih yang juga termasuk dalam kempen Petronas Coffee-Break.

Maklum balas positif akan kempen ini tahun lalu membuatkan pihak lebuhraya LITRAK untuk meminta Proton membuka satu stesen pemeriksaan mudah alih agar pengguna Proton yang menggunakan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dapat singgah dan mendapatkan khidmat pemeriksaan tersebut.

Pemeriksaan keselamatan mudah alih percuma di LDP akan diadakan di Hentian Sebelah Petaling Jaya dari Puchong ke arah Sunway, dari 20 - 22 Jun 2017, 10.00 pagi hingga 5.00 petang. 

Khemah bagi pemeriksaan mudah alih PROTON juga akan ditempatkan di 5 stesen PETRONAS yang terletak di Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan, dari 21-23 Jun 2017, 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Berikut adalah senarai lokasi mudah alih bagi pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma:

20 – 22 Jun 2017, 10 pagi – 5 petang

  • Pusat Bandar
  • Hentian Sebelah LDP Highway, Bandar Sunway, Petaling Jaya (sempadan Sunway)

 

21 – 23 Jun 2017, 10 pagi – 5 petang

  • Arah Utara
  • Stesen PETRONAS Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah
  • Arah Selatan
  • Stesen PETRONAS Seremban, Negeri Sembilan
  • Arah Pantai Timur
  • Stesen PETRONAS Jerteh, Terengganu
  • PETRONAS R & R Gambang (Sempadan Timur), Pahang
  • Stesen PETRONAS Gua Musang, Kelantan

Pemeriksaan 20-point ini merangkumi pemeriksaan ke atas bunga tayar dan tekanan angin tayar, sistem brek, operasi pedal brek dan klac, suspensi, bateri, bilah pengelap cermin, tali sawat, suis, cecair seperti minyak enjin, minyak brek dan stereng serta bahan pendingin dan pencuci bilah pengelap.

Proton juga akan menyampaikan buah tangan atas sokongan pengguna mereka.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian mereka di [email protected]

Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau laman Facebook rasmi di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. 

Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi
mudah alih rasmi MyProton yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…